Tuesday, April 25, 2006

Nasihat SyeikhAbdul Kadir Al-Jailani


Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani

" Janganlah engkau cemas tentang rezekimu, Kerana pencariannya kepadamu lebih kuat daripada engkau mencarinya.Apabila engkau memperolahi rezeki untuk hari ini, Janganlah engkau risaukan rezeki untuk hari esok.Sebagaimana engkau tidak lagi merisaukan untuk kelmarin yang sudah berlalu.Sedangkan hari esok...Apakah engkau tahu, Sama ada ia akan sampai kepadamu atau tidak?"

" Uruslah keperluanmu untuk hari ini, Seandainya kamu mengenal Allah maka kamu akan menyibukkan diri dengannya & menjauhkan dirimu daripada memburu rezeki kerana perasaan takut kepadanya itu akan mampu mencegahmu daripada memburu rezeki"

" Wahai hamba, Aku melihat bahawa kamu hanya sedikit mengenalnya & Rasulnya, Sedikit sekali mengenal Kekasih Allah & Pewaris Para Nabinya untuk manusia. Kamuialah manusia yang kosong adripada pengertian. Tidak ubahnya sebuah sangkar tanpa burung atau rumah kosong yang sudah hancur lusuh atau bagaikan pepohon kering yang daunnya keguguran"

" Semestinya hati seorang hamba adalah dengan Islam kemudian dengan mengakui hakikat dan kewujudan islam itu. Iaitu penyerahan jiwa raga secara menyeluruh. Serahkanlah dirimu kepada Allah yang hak.Maka dia akan menyelamatkanmu, Menyelamatkan nafsumu dan dirimu sendiri.Keluarkanlah engkau dari hati mu dan daripada semua makhluk.Khususnya manusia, Kemudian menetapkan kamu di hadapan yang Maha Hak dengan bertelanjang daripada dirimu dan daripada segala insan.Jika Al-Hak menghendaki ,Maka Dia akan memberikanmu pakaian dan mengembalikanmu kepadamakhluk manusia.Kerana itu ikutilah perintahnya kepadamu dan kepada semua makhluk disertai dengan sikap redha kepada Rasul yang sudah diutuskannya"

" Wahai kaumku, Malulah engkau kepada Allah dengan semalu-malunya, Janganlah engkau melalaikan masa-masamu. Janganlah kamu mensia-siakannya. Janganlah kamu menyibukkan dirimu dengan mengumpulkan sesuatu yang tidak akan engkau makan, Menganggar-anggarkan sesuatu yang tidak mungkin dapat engkau capai, Membangunkan sesuatu yang tidak mungkin engkau diami kerana semuanya itu akan menghalangmu daripada makam Tuhanmu"

" Ingatan kepada Allah selalu terhayun di dalam hati orang yang arif, Sehingga mereka lupa akan segala sesuatu yang pernah diingatinya sebelum itu.Apabila hal itu kamu dapat laksanakannya dengan sempurna, Maka syurgalah tempat tinggalmu, Iaitu syurga yang dijanjikan. Syurga yang dipilih di dunia ialah redha dengan kehendak Allah, Bermunajat kepadanya, Menyingkap tabir yang ada di antaranya dan Allah"

" Kebaikan adalah dalam menghadap kepadanya sedangkan beburukan adalah berpaling daripadanya. Setiap malam yang kamu harapkan ganjarannya, Maka ia adalah milikmu, Maka amal itu adalah untuknya. Apabila engkau beramal dengan mengharapkan imbalannya maka balasan untukmu ada kepada makhluk dan Apabila kamu beramal kepada zatnya maka balasannya untukmu ialah kedekatanmu kepadanya dan melihatnya"

Friday, April 21, 2006

DARI KEKASIH KEPADA KEKASIH

Entah berapa kali ku coba,
Membohong hatiku ini...
Hebat dilanda...rindu padamu
Namun semua alasan
Rapuh bagaikan awan berarak
Yang memang tak pernah abadi
Dan terlalu cepat ia berlalu
Pabila digiring angin
dan mudah pula layu...
Selepas ia melimpahkan,
Titis titis ehsan.
Kini ku sangat terdesak..
Untuk memilikimu.
Agar bisa aku meneruskan,
Sisa sisa hidupku ini.
Seperti manusia yang punya kekasih,
Yang punya kekasih...

Aku mencintai sahabatku dgn segenap jiwaku.Sahabat yg baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati.Kuhulurkan tangan kepada sahabatku utk berkenalan kerana aku akan merasa senang.Semakin ramai sahabat,semakin aku percaya diri.Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yg tidak luntur baiknya dlm suka dan duka.Jika aku dapat,aku ingin setia padanya.." (Imam Shafie)

SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA: Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayang

Apa-apa yang dianugerahkan oleh ALLAH kepada seorang hamba, Akan suatu nikmat, kemudian dicabut-Nya nikmat itu daripada Hamba tersebut kemudian digantikan-Nya dengan sabar, maka apa- Apa yang digantikan oleh ALLAH itu adalah lebih baik daripada yang Dicabut-Nya. (Umar Abdul Aziz)

Thursday, April 06, 2006

" PEMERGIAN YANG TIADA PENGGANTI"

Genap sudah 4 bulan dia meninggalkan lembaran kehidupan yang fana ini.Padanya ku panjatkan doa agar dirahmati rohnya, diangkat segala amalannya.Dikurniakan darjat yang selayaknya.Perginya tiada pengganti.Di sisinya tiada peneman diri.Aku sendiri tidak mampu untuk menjadi penemannya hingga ke hembusan nafasnya yang terakhir.Betapa aku tangisi pemergiannya...Hanya pada yang berhak memiliki dirinya.Siapalah aku di sisinya...Hanyalah hamba yang lemah, Kerdil lagi hina.


11 Dec 2005 ( 08:42:55 p:m - mesir ) ( 02:41:55 a:m -Malaysia )

Penat rasa hari ni.Baru Tadi menjenguk madam & pa'dam yang tinggal di syaqah satu.Almaklumla lama tak bertandang. Melihat keletah si kembar dah cukup menempis rasa letih ni. Sesekali melayan budak-budak ni syok jugak. Ambil pengalaman bak kata orang tua-tua.

Sekembaliku ke syaqah sendiri, leh xperasan pulak bila masa massage masuk... Maklumla bila xder kredit ni xberbunyila handset tu. Bukan xder ongkosnya tapi memikirkan bajetnya. Kadang kala membuntukan diri jugak bila memikirkan soal ongkos ni. Bila di kira-kira... Adalah jugak 2, 3 bulan lepas top up hanset 2 kali sebulan. Jenuh jugak... Nak buat macammana... Memag nak guna sangat.

Berbalik cerita tadi... Massage dibuka..."K.Ti... Nyaie baru je meninggal dunia. Na n K.mamah dalam Perjalanan Ke Rumah Cik.Ali ni. Jenazah Nyaie dalam perjalanan dari Hospital Batu Pahat. Al-Fatihah... Mak Abah kirim salam. Jaga diri!"Petikan massage yang ku terima dari adik ku.
Luluh rasa hati tika itu. Hanya tuhan saja yang memahami hatiku tika itu. Belum pun sempat untukku Menemaninya Hari Raya lepas..."bila Nyaie Meninggal? "Massage ku balas menggunakan Mahmul.

Lima minit kemudian handset berbunyi... Laju Jari ini Menjalar ke punat on..."Tadi pukul 1.30 pg... Nyaie baru kelmarin dibawa ke hospital. Banyak-banyakkan bersabar...Baca Al-Fatihah & Yasin. Na & K.Mamah on the way ke umah Cik.Ali... Mak Abah kat kereta depan"...

Seminggu berlalu, Hati ku tetap digundah rasa bergelora seolahnya ada lagi ujian yang akan ku lalui selepas ini. Pada zahirnya ku gaghkan diri namun jauh di sudut batinku, jiwa meronta untuk pulang ke pangkuan keluarga. Tiada siapa mampu menolak mahupun melarikan diri andai panggilan tuhan itu pasti...Aku mula menerima sedikit demi sedikit ketentuan ilahi. Ketentuan ini mengajar aku erti kasih sayang. Erti betapa kita perlu menghargai setiap sesuatu yang bukan selamanya milik kita. Setiap permulaan ada pengakhirannya...Begitu juga dengan kehidupan manusia.

3 FEBUARI 2006( 02:42:08 - Mesir) ( 02:42:08-Malaysia)

Dua bulan berlalu... Malam tu aku tidur lewat. Menyusun data pelajar-pelajar iskandariah sambil- sambil mendengar alunan nasyid dari kaset mestica. Handset bergegar..."Alahai! Siapa pulak la yang rajin sangat nak bg massage pagi-pagi ni..." Desik hatiku.

"Mak Usu Pontian meninggal...Kebumi pagi ni...Ni massage dari abah. Na kat kampus dah...K...Jaga diri...Jangan tak makan...Wassalam" Sender: Dek Min +6012.......
Innalillah hi wainna ilaihi rajiun...

Ujian yang bertimpa-timpa ini membuatkan aku hampir hilang kekuatan. Selepas satu kehilangan ...Satu lagi kehilangan yang perlu aku terima. Tuhan lebih menyayangi mereka lebih dari sayangnya ku pada mereka...."DIA" Lebih kasihkan mereka lebih daripada kasihnya aku pada mereka...

"Xtaula sebab apa nenek meninggal. Na xcall rumah lagi..Pagi tadi kebumikan..Xtaula meninggal bila.Abah just bagi tahu kebumi pagi tadi. Kredit Na pun tinggal sikit je ni. Apa-apa hal nanti Na inform kat akak. Take care!" Massage ke-2 ku terima seusai Solat Dhuha selepas Massage pertanyaan ku malam tadinya tidak berbalas.

Ke mana kan ku bawa hati....
tika diri merintih
mencari dahan berteduh
Ke mana kan ku luahkan rasa hati
andai dirimu bukan bersama ku lagi
Oh Tuhan...
betapa aku lemah menagih kasih insani...
sedang ku tahu kasihmu jua kekal abadi
oh Tuhan...
hanya kepada-mu aku memanjat kasih sejati
andai kasih insani tidak tergapai
lantaran kasihmu yang xpernah surut ditelan waktu nan beransur pergi


- Jangkauan Pemikiran Tradisi Islam -


Ilmu dan pengetahuan amat penting untuk manusia menguruskan jiwa, diri, keluarga, masyarakat, negara atau perhubungan antarabangsa. Perkara ini memang tidak pernah dinafikan oleh sesiapa atau mana-mana zaman pun. Cuma pendekatan untuk pencarian ilmu dan pengetahuan, penerimaan dan penggunaan ilmu dan pengetahuan mungkin berbeza berdasarkan sesuatu bangsa, bahasa, kecenderungan dan seumpamanya.
Dalam Ahli Sunah, telah diijmak bahawa sumber yang terakui sebagai sumber ilmu dan pengetahuan ialah pancaindera, akal yang sihat dan khabar daripada orang yang jujur dan amanah sekalipun seorang. Melalui penerimaan khabar yang bersifat mutawatir ialah al-Quran dan al-hadis tertentu manakala perkhabaran pertengahan dan ahad (tunggal) seperti hadis, nama-nama tempat dan lain-lain. Dalam periwayatan khabar, orang berakal (kerana dengannya wahyu dapat difahami) amat berperanan kerana orang gila dan tidak siuman sudah tentu ditolak riwayatnya. Pancaindera turut mendapat perhatian ajaran Islam kerana dengannyalah wahyu dapat didengari dan dilihat.


Masyarakat Islam dipandukan oleh wahyu sebelum sesuatu yang dikatakan ilmu atau maklumat itu sama ada boleh diterima atau diabaikan sahaja. Proses islamisasi sekalipun terungkap pada zaman moden ini namun ia telah secara teratur dibentuk oleh golongan awal muslimin dan muslimat. Manakala agama-agama turut mempunyai cara-cara tersendiri dalam hal ini. Namun keupayaan kebenaran sesebuah agama itulah yang akan membantu sesuatu ilmu dan pengetahuan itu diterima.Setelah masyarakat Islam mencapai kejayaan demi kejayaan melalui pembentukan pertama sebuah negara yang berpusat di Madinah, umat Islam melalui sumber wahyu telah mengorak langkah menyelidik dan membangunkan diri, ilmu dan negara.
Dalam siri pembangunan ilmu dalam sejarah Islam, pendekatan perdebatan dan muzakarah telah memberi kesan yang amat baik berbanding kesan yang tidak baik. Permintaan tokoh terhadap tokoh yang terkenal supaya menulis suatu ilmu dan pengetahuan menjadi kecenderungan yang baik. Ini terbukti apabila murid Imam Syafie meminta gurunya mengarang untuknya akan kitab usul fiqh yang kini dikenali sebagai al-Risalah. Begitu juga buku Tahafut al-Falasifah yang telah disusun oleh Khwajah Zadah dan Tahafut al-Falasifah oleh `Ala'uddin al-Tusi bagi mengambil jalan tengah antara Hujjatul Islam al-Ghazali dengan Ibnu Rusyd adalah hasil arahan Sultan Muhammad al-Fatih.Ini menunjukkan pengorbanan dan keprihatinan pihak pemerintah amat penting dalam menyokong perkembangan ilmu pengetahuan.


Persoalan tentang wujud telah dibahaskan dari sudut pandangan wahyu sekalipun berdepan dengan warisan Yunani. Ini dikenali sebagai bahasan ontologi. Wujud yang mesti iaitu Allah dibicarakan dengan sifat Kamalat-Nya sebagai pentadbir alam sarwajagat ini.
Islam telah dikupas oleh ulama kalam dengan amat baik dan padat hingga membentuk bahasan yang kini masih bertenaga sekalipun pada beberapa abad yang lalu dipandang kurang sesuai dengan masa. Perbahasan tentang sebab dan akibat yang sering dibincangkan dalam kitab-kitab pondok kini terlihat masih relevan dengan semasa sekalipun golongan salafi menentang kuat aliran ini di era kini. Dalam pada itu, terdapat juga tokoh yang menjadikan sains sebagai kayu pengukur kebenaran terhadapan ulasan keagamaan. Ini terbukti, contohnya, kata-kata al-marhum Drs. Hj. Abdul Ghani Azmi Idris dalam Pengasuh (568 - Jan-Mac, 2001) , ``. . . ditolak kerana ia bertentangan dengan akal yang waras dan kajian sains.''


Kajian sains telah dibuktikan sering berubah-ubah dan kerana itulah sains tidak boleh dijadikan pengukur untuk menolak wahyu. Hal ini turut disedari oleh Abdullah Muhammad (Nakula) dalam bukunya Bentuk Alam Mengkagumkan.Dalam satu perkembangan terkini semacam ada satu perkaitan antara bahasan sebab dan akibat dalam fizik kuantum dengan sebab dan akibat dalam ilmu kalam klasik aliran Sunni.Namun dalam buku-buku tersebut tidak dibicarakan secara langsung tentang adanya perbahasan tersebut dalam ajaran Islam cuma yang ada amat terbatas sekali. Perkembangan sains moden melalui kuantum semakin tidak dapat menghindari daripada peranan ketuhanan dalam sains.

Tetapi umat Islam di Malaysia dapat juga mengetahui sedikit sebanyak tentang falsafah kuantum dengan sebab dan akibat ilmu kalam Sunni dalam tulisan al - Ghazali Dan Teori Kuantu oleh Prof. Dr. Shahidan Radiman melalui Siri Wacana Sejarah dan Falsafah Sains, Jilid 7, terbitan DBP, yang diterbitkan sebanyak lapan jilid sederhana. Siri ini wajar dibaca oleh peminat ilmu-ilmu Islam. Bukti ini sekalipun ada yang mempertikai persamaan dua aliran yang berbeza namun wajar sekali diselidiki kerana sedia maklum zaman ini memang adanya perbauran pelbagai tamadun dalam pembangunan ilmu pengetahuan. Dan sudah terbukti bahawa pihak Barat yang dirintis oleh orientalis sendiri telah melakukan kajian terhadap Islam sejak abad ke-16 Masihi.


Monday, April 03, 2006

bahtera cinta...