Monday, July 03, 2006

Masih Memikirkannya

" The Annual Festival Of BKPJM"

" Selesai perjumpaan 2 hari lepas, Terasa kurang sedikit rasa yang terbuku di dada. Program yang nak dianjurkan bukan sebarang program. Dan ini kali pertama aku sandang tugas mengendali program sebegini. Perubahan tarikh program sedikit sebanyak menggangu gugat diri aku sendiri. Sebabnya hajat asal pulang ke malaysia awal aku tunda last minit. Yang lepas aku tunda lagi. Ermm pening gak, tp kali ni aku takkan tunda lagi. Mak pun dah sibuk tanya, Apatah lagi abah. Dalam hati sebenarnya sayang nak tinggalkan mesir ni...Hanya Tuhan lebih tahu macam mana aku rasa. Sayang nak tinggalkan apa yang aku pelajari di sini, apa yang aku dapat di sini. Takkan sama macam kat malaysia nanti.

Syukur sangat-sangat sebab tarikh program tak bertindan. Sekurang-kurangnya aku boleh selesaikan segala tugas hingga akhirnya. Kalau bertindan alamatnya adalah yang kena jadi mangsa atas tugas yang aku tinggalkan.Go go cayyo! buat semua exsekutif yang terlantik. Moga program yang dirancang akan berjalan lancar... Amin ya rabb.

" Malaysia"

Baru sebentar tadi chat dengan adik. Alhamdulillah semua sihat. Semua persiapan masih dalam proses. Bak kata adik, Tinggal tunggu aku balik je. Sampai je malaysia boleh on dah. Penat tu...Sampai malaysia dah nak kena rewang pulak...Bukan sebarang rewang... Nak wat tu la ini la...Maklumla nak sambut abang ipar first dalam keluarga. Macam mana eik! mesti kekok kalau ada orang baru ni. Apa pun tunggu dan lihat je la nanti. Takut gak ni nak balik malaysia. Sebab... Ada sesuatu menanti aku nanti.

Hati berteka teki,
Jiwa terasa gundahnya rasa,
Longlainya langkahan kaki ku rasa,
Terasa seisi Ruang bukan milikku,
Sememangnya bukan milikku,
Tiada ku tahu untaian rasa yang menjalar di jiwa,
Misteri itu muncul kembali kala aku menjejak diri di sini,

Ya Allah,
Aku seolah lemah di kala ini,
Panahan apakah yang kau lontarkan di balik Ujian diri,
Aku seolah hilang punca diri,
Betapa tinggi nilai kasih sayangmu,
Tak mungkin kau timpakan semua ini,
Pada diri yang mampu mengemudi laluan diri.






Saturday, July 01, 2006

Bingkisan Buatmu...

" Bingkisan Buat Nuratiqah Ibrahim"

Khabaran itu'
Padaku kau tegar menghadapi segala,
Padaku kau tabah Melaluinya,
Padaku kau sabar dengan mehnahnya,
Padaku kau tetap kan cekal dengan semuanya,
Padaku kau tetap jua setia menanti onaknya,
Kerna padaku kau berjiwa kental pada ranjaunya.

Wajah itu,
Padaku sayu dibalik duka,
Padaku syahdu dibalik cahaya,
Padaku tetap kan ada sinarnya,
Kerna padaku kau kan tetap bersedih dibalik ceria.

Sayu,
Hatiku terzahir sayu memandangmu,
Hatiku masih lagi berpalu pilu dikala Menghadapimu,
Hatiku masih jua terasa duka sebuah kehilangan,
Hatiku masih lagi terpana dengan mehnah yang lalu,
Kerna Hatiku merasai segala yang kau rasai.

Pilu,
Segalanya pilu kurasakan,
Segalanya x ubah seperti yang kau rasai,
Segalanya tetap kan sama nanti,
Kau ku harap kan tetap di sini,
Tiba masanya untuk kau tentukannya sendiri,
Orakkan langkahmu kala kau pandunya sendiri,
Berpalinglah andai tiba pada garisannya nanti,
Jangan kau rebah andai kemampuan masih di sisi,
Kerna kau lebih tahu siapa dirimu sendiri.

Salam Takziah buat Nuratiqah Binti Ibrahim serta keluarga.

# Sedekahkan Al-Fatihah buat ayahanda kepada Nuratiqah Ibrahim yang kembali ke rahmatullah pada 29 Jun 2006 lalu... Al-Fatihah...



Thursday, June 15, 2006

Masih Memikirkannya...

" Usia Yang Semakin Pendek"

" Waktu yang berlalu x kan berpaling lagi,
kerdipan mata itu masih jua x serik pada lalinya diri,
Aku masih lagi begini,
Menanti & terus menanti,
Keputusan apakah bakal ku terima nanti"

11/6/2006 ( Ahad ) lepas...balik dari " pejabat" terus menapak ke rumah. Penat menelaah pelajaran masih berbaki. Alhamdulillah exam baru je habis. So... Boleh la plan banyak benda lepas ni.

Malamnya solat jemaah seperti biasa di bawah. Ermm..apa mimpi ntah malam tu...semua naik awal. Kalau ikut kebiasaannya, mesti ada lagi yang buka forum berbincang isu semasa lepas solat isyak. Aku lak...nak kena kemas rumah tamu. Tambahan pulak esok tetamu dari Embassy Indonesia dah menempah masuk untuk esok hari. Thanks kt Ikin, tolong-tolong sekali...Tapi tulah yang peliknya...ermm. Aku dah agak dah...something ni!!!

Lebih kurang setengah jam terus menapak ke sya'ah 6...Dalam kepala dah nampak dah "kawan baik". So sebelum tu menyinggah lah sekejap ke sya'ah 4, Hajatnya nak jumpa Zainab. Pewaris Bakat Nabighah Az-zibyani...Mana tahu boleh pinjam beberapa kitab sastera arab. Hampa gak bila tiba-tiba sampai semua orang xder. Xperla lain kali boleh jumpe. Ikin pulak dah sibuk suruh aku balik...nape ntah. Yelah...Ikut sajala...Tapi dalam hati dah tangkap dah apa dia.

Sampai kat depan pintu lagi kuat jangkaan aku tu. Silap planlaa...Kasut banyak-banyak mesti x teringat nak sembunyikan...Debar gak ni...

" Happy birthday to you...sanah helwa ya jamilah..."Ooo ni la projeknya ye...sampai nak sangat suruh oarang turun jemaah kat bawah cepat- cepat...

Terima kasih x terhingga buat seluruh warga Rumah Johor Iskandariah ( RJI). Terfikir gak, macamana depa semua ni boleh kumpulkan semua orang naik atas. Ucapan khas ditujukan buat ahli bait k.Shidah, K.Lilah, Ikin n Nina. Terharu berbuku di hati sampaikan aku hanya mampu tersenyum je malam tu. Sebab ada sesuatu buat aku terharu malam tu. Soalan bertubi-tubi diajukan, Almaklumla jadi orang yang diraikan malam tu. Tapi semua soalan aku jawab dengan senyuman je. Suka ada, gembira ada, duka ada, sedih pun ada, Semua tu aku simpan sendiri. Moga kalian semua dalam rahmat kasih sayangnya selalu. Najah fiddin wa dunia wa akhirat.

Tak lupa buat insan-insan yang selalu menjadi pendokong di belakang tabir. Kepada k.ecah yang xserik-serik menapak di teratak Rumah Johor walaupun selalu kena panggil anak buah suruh balik. Terima kasih jua buat Aisyah... Anggur tu memang akak teringin nak makan hari tu, X sangka ada orang belikan. Kek tu dah boleh agak dah sape dia yang buat, siap aisingnya warna biru lagi... Almaklumla birthday girl suka warna biru. Sanggup nak jadikan semuanya warna biru. Mee jawa tu sedap ...Lepas ni boleh tempah lagi.

Buat Family kat malaysia...Terima kasih jua dengan setulus rasa kasih & sayang. Insyaallah kita akan bersua muka sebulan lebih lagi. Buat k.Mai selamat melangkah ke gerbang rumah tangga. Buat Dek Min... Thanks 4 the massage. Jadi orang first lagi. Buat abah, moga cepat sihat...Mesti xsabar nak smbut menantu baru. Alhamdulillah doa termakbul jua.

Kemaafan ku pohon buat insan-insan yang sepatutnya menghadap kitab menanti paper seterusnya esok ( 12/6/06) hari. Moga kalian & yang lain-lain najah fi imtihan... Insyaallah.

Bila hati berlagu rindu,
Tiada siapa pun tahu,
Bertanya aku pada siapa rindu itu,
Jawabnya ringkas padanya yang "Satu".








Sunday, June 11, 2006

Masih Memikirkannya

Imtihan Baru Je Habis

Paper last baru je lepas.Tiba sudah Patrah untuk aku bertapa pula lepas ni.Bertapa menghadap tuhan sepuas-puasnya... Then nak tunggu shafawi lak...Macam mana eik?...Kalau orang tanya kenapa...Aku hanya mampu tersenyum je sekarang...Dalam kepala ni dah penuh plan .Tambah pulak bila dah habis exam ni.

Baru tadi call malaysia.Alhamdulillah semua dalam keadaan baik.Cumanya...Shafakallah untuk abah...Kurang sihat lantaran terlalu penat...Mak kata abah joint Muktamar Thanawi kat Kedah 2 hari lepas.Abah...Abah...

Nak cakap ngan Abah, Abah lak x sihat, So berbual je la ngan mak. Mak kata semua dah setel cuma tinggal tunggu aku balik je...Emmm... Berat sebenarnya...ada lagi yang mengganggu kosentrasi fikiran aku sekarang ni.

Bukan xnak balik...Kalau tanya beribu kali pun mesti aku jawab...Nak!!!Betullah Kata kakak-kakak lama...Bila dah duduk lama sikit kat sini, Dah kenal keadaan, Suasana, jenis....Bahkan segala-galanya lah pasal Mesir...Mesti rasa berat nak tinggalkannya...Ermm Mesir ooo Mesir... Ayat apalaa yang ko buat kat aku ni...

Hati berbisik berlagu rindu,
rindu berlagu ucapan sendu,
sendu berlirik kata syahdu,
syahdunya hati tiada siapa pun tahu,

Bila Exam dah habis...Ada keje menanti.Ops! Sebelum terlupa...Selamat menyambut kelahiran ahli baru Khususan ila Ustaz luqmanul Hakim Abd Rahman & Ustazah Norazizah Suniey...Mesti ta'ajub bila tiba-tiba je dah ada orang baru ni.So moga ceria-ceria selalu.

Buat kawan-kawan yang lain...Perjalanan Imtihan ni masih jauh lagi sebenarnya...Jangan ingat imtihan dah habis...semuanya selesai.Silap kalau set dalam kepala macam tu...Bila exam dah habis, Imtihan untuk diri pulak akan berlangsung...jadi ready- readykan diri anda untuk menghadapinya.

Buat peminat bola, Bola...Bola jugak...tapi kalau sape yang xhabis exam tu...Ahsannya habiskan laa kitab tu dulu...Kalau berdoa, Jangan lupa untuk mendoakan sekali teman- teman seperjuangan yang lain...


P/S:Maaf atas segala keterlanjuran budi bicara di atas ketidak sengajanya diri ini dalam menjalankan amanah yang terpikul di bahu. Doa & Harapan moga kejayaan itu akan dapat kita kecapi bersama...








Friday, May 26, 2006

Rahsia Pemakanan Genius Islam

Rahsia Pemakanan Genius Islam

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri.
Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :
MADU:
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.
Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu".
Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM :
2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG :
Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !
KISMIS:
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN :
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hatiiv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan
jika dikunyah seperti makan kacang.
v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
SUSU SEGAR:
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.
Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM :
i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w
TELUR:
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif.
Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
HALIA:
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN :
Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.
LIMAU OREN:
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.
BUAH DELIMA:
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.
DAGING BURUNG MERPATI:
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
OTAK AYAM:
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.
DAGING AYAM:
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.
DAGING BIRI-BIRI:
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

Satu Penghargaan Buat Wanita

SATU PENGHARGAAN BUAT WANITA................

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya
"Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan",
hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya,
"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila pun ia perlukan."
"Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."

Ambiläh Mäsä UnTuk Memähämi HäTi Ðän þeräsään Käwän, Keränä Ðiä Jugä,Seoräng Mänusiä; Ðiä Jugä Adä Räsä TäkuT,Adä Räsä ßimbäng, Sedih Ðän Kecewä , Ðiä Jugä Adä Kelemähän Ðän Ðiä Jugä þerlukän Käwän Sebägäi KekuäTän. KiTä SeLalu MelihäT,Ðiä KeTäwä, TeTäpi Mungkin Sebenärnyä Ðiä Tidäk SeTäbäh Yäng KiTä Sängkakan....

Monday, May 22, 2006

CARA KAWAL LEMAK DAN KOLESTEROL


BERLEBIHAN lemak dan kolesterol dalam badan antara masalah kesihatan ramai orang Melayu. Ini semua boleh membawa kepada penyakit-penyakit seperti serangan jantung dan angin ahmar.

Pemakanan memainkan peranan penting dalam menjaga paras lemak dan kolesterol agar berada pada tahap sihat. Kami memberikan beberapa panduan di sini:

Daging

Makan daging merah (misalnya lembu dan kambing) hanya tiga hingga empat kali seminggu.
Pilih bahagian kurang lemak, buang lemak yang kelihatan.
Kurangkan makan daging dalaman seperti ginjal, otak dan hati.
Gantikan daging dengan kekacang atau tahu pada hari-hari tertentu.

Ikan

Makanlah ikan, terutama ikan berminyak seperti sardin, ikan kembung dan salmon sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Telur

Jangan makan lebih daripada dua hingga tiga kuning telur seminggu. Kolesterol hanya terdapat dalam kuning telur. Putih telur tidak mempunyai lemak atau kolesterol dan boleh dimakan pada bila-bila masa.

Lemak dan minyak

Kurangkan penggunaan minyak untuk memasak.
Sapukan mentega dengan tipis.
Kurangkan sos berkrim dan berminyak seperti krim salad dan mayones.
Gantikan santan dengan susu rendah lemak atau tairu.
Kurangkan lemak tepu (mentega, minyak kelapa dan sawit) dan gantikan dengan minyak tidaktepu (marjerin lembut, kanola, kacang, zaitun dan kacang soya.
Gantikan mi goreng dengan mi sup.
Kurangkan makanan goreng dan snek kepada dua kali seminggu.
Makan buah segar dan bukan kek dan pastri.

Produk tenusu

Gunakan produk dan susu tanpa lemak atau rendah lemak.
Gantikan susu pekat/susu cair dengan susu tanpa lemak/rendah lemak.
Untuk kurang memakan ikan atau ayam digoreng, guna petua ini.
Gaul ikan dalam emping jagung (cornflake) atau serbuk roti dan bakar.
Buang kulit ayam, rendam dalam susu tanpa lemak yang dicampur herba dan rempah ratus, gaul dalam serbuk roti atau emping jagung dan bakar.

Sumber:Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB)

Tuesday, April 25, 2006

Nasihat SyeikhAbdul Kadir Al-Jailani


Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani

" Janganlah engkau cemas tentang rezekimu, Kerana pencariannya kepadamu lebih kuat daripada engkau mencarinya.Apabila engkau memperolahi rezeki untuk hari ini, Janganlah engkau risaukan rezeki untuk hari esok.Sebagaimana engkau tidak lagi merisaukan untuk kelmarin yang sudah berlalu.Sedangkan hari esok...Apakah engkau tahu, Sama ada ia akan sampai kepadamu atau tidak?"

" Uruslah keperluanmu untuk hari ini, Seandainya kamu mengenal Allah maka kamu akan menyibukkan diri dengannya & menjauhkan dirimu daripada memburu rezeki kerana perasaan takut kepadanya itu akan mampu mencegahmu daripada memburu rezeki"

" Wahai hamba, Aku melihat bahawa kamu hanya sedikit mengenalnya & Rasulnya, Sedikit sekali mengenal Kekasih Allah & Pewaris Para Nabinya untuk manusia. Kamuialah manusia yang kosong adripada pengertian. Tidak ubahnya sebuah sangkar tanpa burung atau rumah kosong yang sudah hancur lusuh atau bagaikan pepohon kering yang daunnya keguguran"

" Semestinya hati seorang hamba adalah dengan Islam kemudian dengan mengakui hakikat dan kewujudan islam itu. Iaitu penyerahan jiwa raga secara menyeluruh. Serahkanlah dirimu kepada Allah yang hak.Maka dia akan menyelamatkanmu, Menyelamatkan nafsumu dan dirimu sendiri.Keluarkanlah engkau dari hati mu dan daripada semua makhluk.Khususnya manusia, Kemudian menetapkan kamu di hadapan yang Maha Hak dengan bertelanjang daripada dirimu dan daripada segala insan.Jika Al-Hak menghendaki ,Maka Dia akan memberikanmu pakaian dan mengembalikanmu kepadamakhluk manusia.Kerana itu ikutilah perintahnya kepadamu dan kepada semua makhluk disertai dengan sikap redha kepada Rasul yang sudah diutuskannya"

" Wahai kaumku, Malulah engkau kepada Allah dengan semalu-malunya, Janganlah engkau melalaikan masa-masamu. Janganlah kamu mensia-siakannya. Janganlah kamu menyibukkan dirimu dengan mengumpulkan sesuatu yang tidak akan engkau makan, Menganggar-anggarkan sesuatu yang tidak mungkin dapat engkau capai, Membangunkan sesuatu yang tidak mungkin engkau diami kerana semuanya itu akan menghalangmu daripada makam Tuhanmu"

" Ingatan kepada Allah selalu terhayun di dalam hati orang yang arif, Sehingga mereka lupa akan segala sesuatu yang pernah diingatinya sebelum itu.Apabila hal itu kamu dapat laksanakannya dengan sempurna, Maka syurgalah tempat tinggalmu, Iaitu syurga yang dijanjikan. Syurga yang dipilih di dunia ialah redha dengan kehendak Allah, Bermunajat kepadanya, Menyingkap tabir yang ada di antaranya dan Allah"

" Kebaikan adalah dalam menghadap kepadanya sedangkan beburukan adalah berpaling daripadanya. Setiap malam yang kamu harapkan ganjarannya, Maka ia adalah milikmu, Maka amal itu adalah untuknya. Apabila engkau beramal dengan mengharapkan imbalannya maka balasan untukmu ada kepada makhluk dan Apabila kamu beramal kepada zatnya maka balasannya untukmu ialah kedekatanmu kepadanya dan melihatnya"